Andai Ku Tahu

perjalanan hidupku ini

Chinta Band – Pantaskah Aku di Surga

Chinta Band – Pantaskah Aku di Surga

Bila Malaikat Mencabut Nyawa

Pantaskah Aku Ada Di Surga

Di Dunia Aku Berlumur Dosa

aku Yang Takut Neraka
Bersimpuh Aku Berserah Diri

Memohon Ampunan Mu Ya Rabbi

Sebelum Kau Memanggil Diriku

Ya Allah Terima Taubatku
Andai ku Tahu Kapan Waktuku
Kau Panggil Aku Untuk Kembali
Pastikan Aku Akan Meminta
Mensucikan Hidupku Di Dunia

Aku Manusia Yang Penuh Dosa
Yang Pernah Melalaikan Perintahmu
Ku Tahu Engkau Maha Pemurah
Kubersujud Pada Mu Ya Allah

RB: Lirik dia sangat menyentuh jiwa. Thanks to Ima bagi tau lagu ni.

Wednesday, September 30, 2009 Posted by raficyber | Lirik | | No Comments Yet

Bersederhanalah

Ni aku cilok dari majalah APO? yang sama. Isu 255 (15 Ogos 2009)

1. Kurangkan Marah
Bawak bersabar dan bertenang. Fikir guna otak. Kawal diri supaya orang lain tak benci di belakang hari.

2. Kurangkan Tidur.

Tidur secukupnya bukan bermakna tido 2-3 hari. 6 jam dewasa dan 8 jam kanak-kanak.

3. Kurangkan Makan
Kat luar negara ramai yang mati sebab tak cukup makan. Kat Malaysia ramai yang mati sebab terlebih makan. Kalau rasa nak hidup lama, kurangkanlah makan.

4. Kurangkan Hiburan
Terlalu leka dengan hiburah yang disogok sampai lupa nka dahulukan yang wajib. Siap menangis peluk bandal mengadap realiti tv, walhal 5 minit mengadap Tuhan tak pernah keluar air mata.

5. Kurangkan Bergaul
Bergaul memang elok, tapi terlebih bergaul dah jadi tak elok. Bergaul biar ada batasannya. Kalau bergaul cara sihat tak da sapa nak marah. Jangan merempit sana sini, maksiat merata-rata, dadah bersepah-sepah udah ler

6. Kurangkan Ketawa
Kata orang, ketawa ubat paling mujarab. Ketawa pengubat duka. Tapi bila terlebih ketawa pun boleh jadi penyakit juga. Ketawa biarlah berpada.

Sunday, August 23, 2009 Posted by raficyber | Renungan | | No Comments Yet

Bila Hati Dah Hitam

Ni aku cilok dari majalah APO? Isu 255 (15 Ogos 2009)

1. Solak 5 waktu tak pernahnya dibuat. Yang sunat tak payah tanya laa. Sedangkan yang wajib pun ‘tuang’ setiap waktu, inikan pulak yang tak wajib.

2. Harta didahulukan dari segala perkara. Semua benda mesti nak kena alas dengan duit. Takde duit maka takdelah layanan.

3. Riba’ berlaku dengan berleluasa. Yang perliknya semua itu dianggap biasa dan ‘dihalalkan sesuka hati.

4. Nak hidup cam suami isteri tak payah nikah lagi dah. Depan mata orang lain pun selamba ’sesah’ tak kira malu segan. Kita pulak yang naik segan menengoknya.

5. Leka dengan hiburan tanpa henti sampai lupa tujuan hidup di atas bumi. TV ada, radio ada, semua ada, macam-macam ada

RB: Marilah kita sama-sama membersihkan hati kita. Semoga tiada lagi titik hitam dalam hati kita.

Sunday, August 23, 2009 Posted by raficyber | Renungan | | No Comments Yet

Aku dan Bengkel Motor

Aku tak ingat apa nama bengkel motor tu. Dah banyak kali aku pergi bengkel tu. Tokei dia cina. Memang dekat ja dengan umah aku. Jalan kaki dalam 5 minit ja. Cam promote kedai motor tu plak. Sebenarnya, crita dia camni…

Masa dulu aku pi bengkel tu, dah 2 3 kali, takda pun mamat A(sebab aku xtau nama). Beberapa bulan yang lepas, selepas aku kecut perut dengan pakcik bengkel yang SMS aku tu, aku pun pi la balik bengkel kat simpang depan umah. Selalunya aku cakap kat tokei dia. Since tokei dia bz, mamat A ni pun tanya. Aku cakap la nak tukar minyak itam, suruh buat tu, buat ni. Memandangkan nak kena tolak naik ke atas motor tu, aku bagi la kunci motor aku tu kat dia. Kat key chain tu ada tertulis ‘From Rafi’.

Key Chain beli masa berfoya-foya kat Pangkor

Key Chain beli masa berfoya-foya kat Pangkor

Dengan selamba badaknya dia cakap, “Oo.. boyfriend nama Rafi yer.” Aku hanya tersenyum. Dalam hati aku dah gelak giler-giler. Dah abis setel semua, aku pun pi la bayar kat tokei dia.
Masa dia turunkan motor tu dia pesan, “Kirim salam kat Rafi yer.”
Aku pun balas, “Saya lah Rafi tu.” Terus aku belah.

Selang beberapa bulan lepas tu, aku pi balik bengkel tu. Aku pi sabtu lepas 18 Julai 2009. Cam biasa aku jumpa tokei dia. Dan seperti biasa juga aku tukar minyak itam. Tengah aku tengok minyak itam tu menitik masuk dalam bekas, si mamat A datang tanya aku.

“Nak minyak apa?”
“Shell.” Aku balas.
“Harga brapa? RM24? RM18?” sambil dia tersengeh.
“Amboi melampau. RM14 dah.” aku jawab.

Sambil tengah tunggu tu, ada ler sorang mamat come nak tukar minyak itam juga. Pastu datang plak mamat macho dengan motor besar. Aku tak ingat motor jenis apa. hahaha. Mamat macho tu sembang-sembang dengan tokei, siap tukar-tukar no phone dengan tokei. Aku rasa cam nak minta je no phone mamat macho tu kat tokei kedai. hehehe.

Pastu mata aku beralih ke motor sorang pak cik tu. Dah tak nampak rupa motor. Abis segala body dia kena cabut. Aku siap pi intai-intai lagi tengok camna rupa dalaman motor tu.

Tetiba aku dengar sora mamat A, “Sayang, dah siap sayang.” Sambil dia tengok aku. Cis bedebah. Jatuh saham aku depan mamat come and macho tu. Aku terus tanya brapa harga.
“RM80″. Dia jawab.
“Apa? Free.” Aku balas.
“Boleh free, tapi ko kena kuar dengan aku lah.”
“Ceh.” Aku terus pi bayaq kat tokei.

Aku pun jalan turun ke motor.
“Aku nak belanja KFC pun tak nak ka”. Dia bersuara lagi. Aku hanya buat memek muka tak nak. Aku pun start motor dan undur. Sebelum aku belah sempat lagi dia cakap.
“Jadi yer kuar dengan aku.”
“Yer la tu.” Aku balas sambil buat muka. Aku terus belah dari situ.

RB: Sebenarnya aku tak tau mamat A tu India or Melayu. Sebabnya rambut dia dye perang. Kulit dia gelap-gelap. Tapi aku rasa dia India.

Wednesday, July 22, 2009 Posted by raficyber | Bebelan | | 2 Comments

Rafting @ Sg. Selangor

Tanggal 10 Julai 2009, aku dah kecut perut. Malam tu aku tido kat umah Nurul Fatien, officemate aku. Lepas makan malam, layan Nur Kasih dan main Mafia (hehehe sempat lagi main), aku pun lelapkan mata.

Tepat jam 5.30 pagi tanggal 11 Julai 2009, aku bangun dan bersiap-siap untuk ke Stesen Komuter Serdang. Aku dan Fatien membelah keheningan dan kedinginan pagi menuju destinasi. Selang beberapa minit setelah kami tiba di Stesen Komuter Serdang, kami terlihat kelibat Myvi Putih milik Dewi Anis Azalina. Selang beberapa minit selepas itu, terlihat kelibat Kelisa yang berhenti di bahu jalan, dipandu oleh Mohd Nordin. Maka tepat jam 6.30 pagi, kami berempat bergerak menuju satu destinasi, Kuala Kubu Bharu.

Perut aku bergelora. Aku kecut perut. Breakfast aku hanyalah roti Gardenia 60sen dan air Tropicana Twister.

Dalam perjalanan kami ke sana, kejap hujan rintik, kejap hujan lebat. Masa kami tiba ke destinasi, hujan dah pun berhenti.

Gambar sebelah tu kereta Che Din yang membawa kami menuju destinasi. huhuhu. Ok guna bahasa pasar.

Aku confius gak mula-mula, betul ke tempat ni, sebab tak da orang pun. Yang ada dalam pondok tu tukang masak ja. Dah penat tunggu apa lagi, buat aktiviti bebas la. Dewi and fatien tak abis-abis amik gambar bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan. Aku sekadar pemerhati je lah.

Dalam pukul 9 pagi, boyfriend Dewi datang amik kita orang menuju ke tempat kita orang akan berlepas. Bila dah sampai situ sekali tengok ramai gile orang. Ingatkan tak ramai. Untuk sesi permulaan, kita orang kena berlatih dulu untuk ke kiri dan ke kanan mengikut arahan. Aku cam biasa antara yang terawal keluar, sebab aku suka langgar arahan. huahaha. Sebenarnya aku dah kecut perut time tu. Masa nak isi borang pun terketar-ketar. Tangan pun dah sejuk giler. hehehe.

Dah masuk dalam raft aku mula takut. Selain kita orang berempat, ada dua orang lagi member baru. Sam dan Ye Ling. Satu raft boleh muat 8 orang sahaja. Dua orang lagi guide yang terdiri dari golongan orang-orang asli yang memang otai. Guide kita orang yang kat belakang nama dia Rokku, dan yang dok depan nama dia Bom. Total raft ada 8. Baru ku tahu ramai juga yang pergi rafting.

Gambar sebelah tu dah lepas halangan kecik-kecik je. Dalam erti kata yang lain, sebelum jatuh. hehehe

Gambar dua kat atas dan kat sebelah ini adalah berturutan. Masa itu, raft kita orang dah turun dari jeram dan berpusing-berpusing dan akhirnya tinggal tiga orang je dalam raft tu(Guide belakang Rokku, Nordin dan Fatien). Yang lain semuanya tewas termasuk guide depan Bom. hahahaha. Waktu itu aku pertama kali jatuh dalam air. Aku ni dah ler tak reti langsung nak berenang, maka terkapai-kapailah aku menghampiri raft orang lain. Gambar sebelah ni operasi menyelamatkan kita orang yang hanyut.

Lepas jatuh kali pertama tu, tipu la kalau aku kata tak takut. Memang kecut giler. Rasa cam tak nak jatuh dah. Dari duduk kat tengah, aku berubah tempat duduk kat belakang, memang malang sungguh aku bila dok belakang. Sebab aku jatuh secara solo dan tah macam mana aku jatuh sampai terseliuh urat belakang aku. Memang sakit giler nak bangun.

Lepas jatuh kali kedua, raft kita orang melungsur dulu. Guide kita orang kena jadi cameraman pulak. Aku tengok tangan aku merah. Aku tunjuk kat diorang. Si Rokku kata baju aku turun warna. Aku tak puas ati, aku perah-perah lengan baju aku yang berwarna merah tu. Sungguh bukan baju aku. Hilang sekejap merah ditangan, tetiba ada balik bila aku betulkan cap aku. Alamak kepala aku dah cedera ke? huahaha tentulah tidak. Rupa-rupanya cap yang aku pinjam dari Fatien mengeluarkan warna merah. Semua orang pakat marah kat aku. huhuhu. Ampunkan aku rakan-rakan ku sekalian. Aku bagi cap aku kat Ye Ling dan dia rendam cap tu sampai tak keluar dah warna merah tu. Dia boring sebab kita orang kena tunggu 7 raft melepasi dua jeram, baru kita orang leh gerak.
Lepas aku jatuh secara solo. Aku tukar tempat dengan Sam. Lepas tu, Sam plak jatuh secara solo. Memang dasyat lah dia jatuh, antara dua jeram. Dah abis dua-dua jeram baru kitaorang amik dia. hahhah. Lepas kita orang lepak makan kat air terjun dalam pukul 12.00 tengah hari, kitaorang bergerak turun lagi. Kali ini tak banyak sangat jeram yang mencabar. Banyak laluan yang sempat yang terpaksa kitaorang bergerak ke kanan, kiri, depan, belakang, tengah.

Dah abis segala jeram-jeram, kitaorang pun sampai ke kawasan yang tenang. Orang pertama di tolak keluar Nordin diikuti oleh Fatien, Sam dan Ye Ling. Bom berusaha tolak aku kuar tapi tak berjaya. Last-last Sam tarik aku keluar dari raft. Gabra aku kejap sebab tak reti berenang. hehehe. Thanks to Sam and Ye Ling lah sebab ajar aku mengapungkan diri mengunakan jacket. hehehe

Gambar sebelah ni, yang duduk mencangkung baju biru seluar merah tu Bom, boyfriend ke-dua Dewi (Rokku yang match kan diorang). Yang baju hijau seluar merah tu Rokku. Yang baju kelabu, seluar merah tu Yoo. Otai giler lah dia. Dia ketua rombongan kali ni. hehhe

RB: Begitulah kisah aku yang baru pertama kali pergi rafting. Kepada kak Ani trimas tolong urut aku. To Fatien trimas bagi tumpang tido, makan, cap dan transport. To Nordin yang sponsor transport pergi dan balik. To Dewi yang rajin mengambil gambar dan rajin menghempap aku. huahaha (Dewi lawak je).

Saturday, July 18, 2009 Posted by raficyber | Relex n Santai | | 2 Comments