Jerawat dan Aku…
DAHI
Haba bad an melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan bad an, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : P upuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak
HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi
DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.
PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal
PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
RB: Ishk(10x) abis jerawat naik mencanak kat seluruh muka ni…
bnyk ler masalahnya. Thank to Afni bg Info. Bab nk tido awal tu.. susah skit.. sbb asal mengantuk je aku tido.. haha
Crita ku.. huahaha
Ari Khamis 19 Februari 2009, aku bangun cam biasa. Cuma rasa gatal2 skit kat idung. Kul8pg aku kuar umah, pergi mengorat abg stesen minyak.. hehe..
Pagi tu lepas breakfast dgn Fatien and Ayu, aku mula rasa tak sedap badan. Hidung aku ni dh mula buat hal.. Maka, terjadilah selsema yg dasyat. Dalam kul11 makin teruk selsema. Bersin tak berhenti. X-roomate and dormmate mesti tau camna aku bersin. Klu dulu masa sek men, kelas sebelah leh dengar aku bersin. huahaha memang tak reti nak cover.
Dalam kul3 lebih kepala aku dh start berdenyut2. Kerja yang senang, just create database pun amik masa yg lama… haru2.. Maaf ler lead.. sy buat kerja slow giler.. hehehe
Balik tu memang aku merempit giler, sambil air mata bercucuran. Sekali org pandang mesti ingat aku nangis. Haha. Padahal hembusan nafas aku yg panas kena kat mata. Maklumlah dah pakai helmet, mana lg nafas tu nk lari. haha.
Sampai gak aku ke umah dgn selamatnya. 30 min je. hehe. Aku terus masuk bilik on laptop. Lepas magrib terus tido. Bangun2 dh kul9.20. Masih lg bersisa pening2. Masuk ke dapur dah rasa nk tumbang. Buka periuk, alahai nasi abis. Nak masak nasi dh malas sbb nk kena tunggu lama. So apa lg, masak ler mee meggi cepat dimasak sedap dimakan. haha. Aku buat susu panas. Memang berpeluh2 badan aku. Time tu rasa cam lega skit.. huahaha.
Disbbkan aku masih pening2 lalat, kul10.45 aku terus masuk bilik. Bukannya tido, tapi mengadap mafia and rv dulu. Lepas tu bru leh tido dgn aman. Klu tak asyik teringat duit kena curi.. hahaha
RB: Masih bersisa pening2 lalat aku ari ni.
Bakhil kah?? Kedekut kah??
Apa guna berkain batik,
Kalau tidak dengan sujinya
Apa guna berbanglo cantik,
Kalau rembat duit dengan selambanya.
Apa diharap padi seberang,
Entah berisi entahkan tidak,
Dapat rezeki nak makan sorang,
Bahagian orang disebat sampai serdak.
Tanam pinang rapat-rapat,
Supaya puyuh tak boleh lari,
Kejar projek tak dapat-dapat,
Kalau sedekah susah nak beri.
Rumah limas anjung selatan,
Bunga kemuning tumbuh di laman,
Kedekut nak mampos mangalahkan setan,
Depan ramai macam orang beriman.
Dari jauh ke permatang,
Tetak dengan papan kemudi,
Cari rezeki tinggalkan sembahyang,
Sebab tu buat apa pun tak menjadi.
RB: Aku amik dr majalah UJANG isue 350 (15 Februari 2009) m/s 51.. huhu
siap bg page no.
Dalam facebook pun aku postkan.. hehe
Helpdesk
Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Microsoft Word Helpline (bantuan > berkenaan Microsoft Word melalui telefon). Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walau bagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Word Perfect atas dakwaan “Memecat Tanpa Sebab”. Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:
************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* **
“Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?”
“Ya, err, Saya ada masalah dengan Microsoft Word.”
“Masalah bagaimana tu encik?”
“Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang.”
“Hilang?”
“Ya, ia hilang.”
“Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?”
“Kosong, tak ada apa-apa.”
“Tak ada apa-apa?”
“Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip.”
“Adakah anda masih didalam Microsoft Word, atau anda telah keluar?”
“Macam mana saya nak tau?”
“Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?”
“Apa tu si-perom?”
“Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda ! di skrin?”
“Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon bila saya taip.”
“Adakah monitor anda ada power indicator?”
“Monitor tu apa?”
“Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV.”
“Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidupkan?”
“Saya tak tahu.”
“OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?”
“Rasa-rasanya. “
“Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda.”
“Yaa, terpasang.”
“Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?”
“Iya ke?.”
“Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut”
“Okay, jumpa dah.”
” Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samad! a ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda.”
“Alamak tak sampai laa.”
“Ok… boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?”
“Tak boleh.”
“Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?”
“Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap.”
“Gelap?”
“Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya ada adalah dari cahaya tingkap.”
“OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda.”
“Tak boleh.”
“Tak boleh? Kenapa?”
“Sebab kat pejabat saya “blackout”, tak ada elektrik.”
“Blackout… tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?”
” Ada … saya simpan kat dalam almari.”
“Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu.”
“Ehh? Ye ke? Macam tu sekali! punya teruk ke?”
“Iya, rasa-rasanya macam itulah.”
“Err… okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa dengan pekedai tu?” “Beritahu mereka anda terlalu bangang untuk memiliki sebuah komputer.”
RB: Thank to Imah n Huda Ismail. (Kidnep dr blog Huda)
2nd Step
Huahaha.. I’m back… Aku baru je lepas godek2 blogspot td. Tp memang xbest la. Aku rasa cam susah je nk tambah segala mak nenek kat tepi2 tu.
Oleh yg sedemikian itu, aku gunalah wordpress ni. Maka dgn rasminya boleh lah kot aku katakan raficyber@wordpress.com ni jd blog tetap aku.
Muahaha.. Oklah dh kul1 lbh. baru je lepas abis kutuk maiza kat blog dia. so skrng nk tido.. zzzz