Rafting @ Sg. Selangor
Tanggal 10 Julai 2009, aku dah kecut perut. Malam tu aku tido kat umah Nurul Fatien, officemate aku. Lepas makan malam, layan Nur Kasih dan main Mafia (hehehe sempat lagi main), aku pun lelapkan mata.
Tepat jam 5.30 pagi tanggal 11 Julai 2009, aku bangun dan bersiap-siap untuk ke Stesen Komuter Serdang. Aku dan Fatien membelah keheningan dan kedinginan pagi menuju destinasi. Selang beberapa minit setelah kami tiba di Stesen Komuter Serdang, kami terlihat kelibat Myvi Putih milik Dewi Anis Azalina. Selang beberapa minit selepas itu, terlihat kelibat Kelisa yang berhenti di bahu jalan, dipandu oleh Mohd Nordin. Maka tepat jam 6.30 pagi, kami berempat bergerak menuju satu destinasi, Kuala Kubu Bharu.
|
Perut aku bergelora. Aku kecut perut. Breakfast aku hanyalah roti Gardenia 60sen dan air Tropicana Twister. Dalam perjalanan kami ke sana, kejap hujan rintik, kejap hujan lebat. Masa kami tiba ke destinasi, hujan dah pun berhenti. Gambar sebelah tu kereta Che Din yang membawa kami menuju destinasi. huhuhu. Ok guna bahasa pasar. |
|
|
Aku confius gak mula-mula, betul ke tempat ni, sebab tak da orang pun. Yang ada dalam pondok tu tukang masak ja. Dah penat tunggu apa lagi, buat aktiviti bebas la. Dewi and fatien tak abis-abis amik gambar bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan. Aku sekadar pemerhati je lah. |
|
|
Dalam pukul 9 pagi, boyfriend Dewi datang amik kita orang menuju ke tempat kita orang akan berlepas. Bila dah sampai situ sekali tengok ramai gile orang. Ingatkan tak ramai. Untuk sesi permulaan, kita orang kena berlatih dulu untuk ke kiri dan ke kanan mengikut arahan. Aku cam biasa antara yang terawal keluar, sebab aku suka langgar arahan. huahaha. Sebenarnya aku dah kecut perut time tu. Masa nak isi borang pun terketar-ketar. Tangan pun dah sejuk giler. hehehe. |
|
|
Dah masuk dalam raft aku mula takut. Selain kita orang berempat, ada dua orang lagi member baru. Sam dan Ye Ling. Satu raft boleh muat 8 orang sahaja. Dua orang lagi guide yang terdiri dari golongan orang-orang asli yang memang otai. Guide kita orang yang kat belakang nama dia Rokku, dan yang dok depan nama dia Bom. Total raft ada 8. Baru ku tahu ramai juga yang pergi rafting. Gambar sebelah tu dah lepas halangan kecik-kecik je. Dalam erti kata yang lain, sebelum jatuh. hehehe |
|
![]() |
|
|
Gambar dua kat atas dan kat sebelah ini adalah berturutan. Masa itu, raft kita orang dah turun dari jeram dan berpusing-berpusing dan akhirnya tinggal tiga orang je dalam raft tu(Guide belakang Rokku, Nordin dan Fatien). Yang lain semuanya tewas termasuk guide depan Bom. hahahaha. Waktu itu aku pertama kali jatuh dalam air. Aku ni dah ler tak reti langsung nak berenang, maka terkapai-kapailah aku menghampiri raft orang lain. Gambar sebelah ni operasi menyelamatkan kita orang yang hanyut. |
|
|
Lepas jatuh kali pertama tu, tipu la kalau aku kata tak takut. Memang kecut giler. Rasa cam tak nak jatuh dah. Dari duduk kat tengah, aku berubah tempat duduk kat belakang, memang malang sungguh aku bila dok belakang. Sebab aku jatuh secara solo dan tah macam mana aku jatuh sampai terseliuh urat belakang aku. Memang sakit giler nak bangun. |
|
|
Lepas jatuh kali kedua, raft kita orang melungsur dulu. Guide kita orang kena jadi cameraman pulak. Aku tengok tangan aku merah. Aku tunjuk kat diorang. Si Rokku kata baju aku turun warna. Aku tak puas ati, aku perah-perah lengan baju aku yang berwarna merah tu. Sungguh bukan baju aku. Hilang sekejap merah ditangan, tetiba ada balik bila aku betulkan cap aku. Alamak kepala aku dah cedera ke? huahaha tentulah tidak. Rupa-rupanya cap yang aku pinjam dari Fatien mengeluarkan warna merah. Semua orang pakat marah kat aku. huhuhu. Ampunkan aku rakan-rakan ku sekalian. Aku bagi cap aku kat Ye Ling dan dia rendam cap tu sampai tak keluar dah warna merah tu. Dia boring sebab kita orang kena tunggu 7 raft melepasi dua jeram, baru kita orang leh gerak. |
|
|
Dah abis segala jeram-jeram, kitaorang pun sampai ke kawasan yang tenang. Orang pertama di tolak keluar Nordin diikuti oleh Fatien, Sam dan Ye Ling. Bom berusaha tolak aku kuar tapi tak berjaya. Last-last Sam tarik aku keluar dari raft. Gabra aku kejap sebab tak reti berenang. hehehe. Thanks to Sam and Ye Ling lah sebab ajar aku mengapungkan diri mengunakan jacket. hehehe |
|
|
Gambar sebelah ni, yang duduk mencangkung baju biru seluar merah tu Bom, boyfriend ke-dua Dewi (Rokku yang match kan diorang). Yang baju hijau seluar merah tu Rokku. Yang baju kelabu, seluar merah tu Yoo. Otai giler lah dia. Dia ketua rombongan kali ni. hehhe |
RB: Begitulah kisah aku yang baru pertama kali pergi rafting. Kepada kak Ani trimas tolong urut aku. To Fatien trimas bagi tumpang tido, makan, cap dan transport. To Nordin yang sponsor transport pergi dan balik. To Dewi yang rajin mengambil gambar dan rajin menghempap aku. huahaha (Dewi lawak je).

minahchi nie berkurung lam bilik cam anak dara kene pinang ng teruna trang tang tang..sampai makan tgh hari ni pown kene sms baru dia turun…pastu sambung berkurung blk. tgh update blog nie rupanyer…hish kot le nk tolong aku kat dapur tuu..
uik. sorry ler cik Myza ku cayang. Aku budget ari ni abg aku ajak kuar. sekali dia tinggalkan aku, esok baru jumpa dia. huhuhu. memandangkan aku malas masuk dapur. aku ngadap lah blog. huahaha