Andai Ku Tahu

perjalanan hidupku ini

Aku dan Bengkel Motor

Aku tak ingat apa nama bengkel motor tu. Dah banyak kali aku pergi bengkel tu. Tokei dia cina. Memang dekat ja dengan umah aku. Jalan kaki dalam 5 minit ja. Cam promote kedai motor tu plak. Sebenarnya, crita dia camni…

Masa dulu aku pi bengkel tu, dah 2 3 kali, takda pun mamat A(sebab aku xtau nama). Beberapa bulan yang lepas, selepas aku kecut perut dengan pakcik bengkel yang SMS aku tu, aku pun pi la balik bengkel kat simpang depan umah. Selalunya aku cakap kat tokei dia. Since tokei dia bz, mamat A ni pun tanya. Aku cakap la nak tukar minyak itam, suruh buat tu, buat ni. Memandangkan nak kena tolak naik ke atas motor tu, aku bagi la kunci motor aku tu kat dia. Kat key chain tu ada tertulis ‘From Rafi’.

Key Chain beli masa berfoya-foya kat Pangkor

Key Chain beli masa berfoya-foya kat Pangkor

Dengan selamba badaknya dia cakap, “Oo.. boyfriend nama Rafi yer.” Aku hanya tersenyum. Dalam hati aku dah gelak giler-giler. Dah abis setel semua, aku pun pi la bayar kat tokei dia.
Masa dia turunkan motor tu dia pesan, “Kirim salam kat Rafi yer.”
Aku pun balas, “Saya lah Rafi tu.” Terus aku belah.

Selang beberapa bulan lepas tu, aku pi balik bengkel tu. Aku pi sabtu lepas 18 Julai 2009. Cam biasa aku jumpa tokei dia. Dan seperti biasa juga aku tukar minyak itam. Tengah aku tengok minyak itam tu menitik masuk dalam bekas, si mamat A datang tanya aku.

“Nak minyak apa?”
“Shell.” Aku balas.
“Harga brapa? RM24? RM18?” sambil dia tersengeh.
“Amboi melampau. RM14 dah.” aku jawab.

Sambil tengah tunggu tu, ada ler sorang mamat come nak tukar minyak itam juga. Pastu datang plak mamat macho dengan motor besar. Aku tak ingat motor jenis apa. hahaha. Mamat macho tu sembang-sembang dengan tokei, siap tukar-tukar no phone dengan tokei. Aku rasa cam nak minta je no phone mamat macho tu kat tokei kedai. hehehe.

Pastu mata aku beralih ke motor sorang pak cik tu. Dah tak nampak rupa motor. Abis segala body dia kena cabut. Aku siap pi intai-intai lagi tengok camna rupa dalaman motor tu.

Tetiba aku dengar sora mamat A, “Sayang, dah siap sayang.” Sambil dia tengok aku. Cis bedebah. Jatuh saham aku depan mamat come and macho tu. Aku terus tanya brapa harga.
“RM80″. Dia jawab.
“Apa? Free.” Aku balas.
“Boleh free, tapi ko kena kuar dengan aku lah.”
“Ceh.” Aku terus pi bayaq kat tokei.

Aku pun jalan turun ke motor.
“Aku nak belanja KFC pun tak nak ka”. Dia bersuara lagi. Aku hanya buat memek muka tak nak. Aku pun start motor dan undur. Sebelum aku belah sempat lagi dia cakap.
“Jadi yer kuar dengan aku.”
“Yer la tu.” Aku balas sambil buat muka. Aku terus belah dari situ.

RB: Sebenarnya aku tak tau mamat A tu India or Melayu. Sebabnya rambut dia dye perang. Kulit dia gelap-gelap. Tapi aku rasa dia India.

Wednesday, July 22, 2009 Posted by raficyber | Bebelan | | 2 Comments